Berita Berita

30 Minutes Coffee Table Talk - MAKSAK

02 Oktober 2014(Khamis), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengadakan Program 30 Minutes Coffee Table Talk bertempat di ruang legar MDKS.

Program dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis En. Azharizal Bin Ab.Rahman dan jemputan khas daripada Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan penerangan disampaikan oleh En. Ahmad Faisal Bin Jumali mengenai tujuan MAKSAK diperkenalkan.

 

MAKSAK merupakan ruang kepada ahli-ahli gabungan, melalui program/aktiviti yang dijalankan menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dalam usaha menjadikan kakitangan sektor awam sentiasa dalam keadaan siap sedia dan berkemampuan melaksanakan sebarang tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, MAKSAK menjadi perhubungan dalam mengeratkan silaturahim antara anggota perkhidmatan awam yang berada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah di samping membantu melahirkan anggota perkhidmatan awam yang sihat, cergas, berdisplin, komited dan berdaya saing.

MAKSAK juga, memperkenalkan medical card adalah untuk kegunaan penjawat awam dan keluarga mendapatkan rawatan eksklusif di hospital pakar/specialist swasta di seluruh Negara tanpa mengeluarkan perbelanjaan kos rawatan yang tingi. Antara faedah MAKSAK adalah elaun bersalin, pampasan kemalangan, pampasan kematian, nikmati bonus dijamin setiap 3 tahun, Panel lebih 50 di seluruh Negara dan tiada Co-Insurans.

phone Web Mobile Rasmi
Majlis Daerah Kuala Selangor
www.mdks.gov.my/mobile
di   
qrcode Kod QR
di   
mdks Kaji Selidik
di   
anda Undian
Anda
di   
foto Galeri
Foto
video Galeri
Video
audio  Galeri
Audio
divi    fb    utube     mysms     RSS  1akses  wifiselangorku