MENU

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) masih menggunakan kaedah dan pengurusan pengundian Bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.  Proses pendaftaran dan pengundian petak diadakan pada hari yang sama merujuk kepada tarikh lokasi yang dinyatakan seperti di atas. 

Semasa proses pendaftaran dan pengundian, pemohon hendaklah hadir sendiri di lokasi pusat mengundi dan hendaklah memastikan segala dokumen asal (original) dan salinan di bawa bersama.

Antara salinan yang diwajibkan untuk dibawa adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan Pemohon dan Pembantu
  2. Surat Suntikan TY2 Pemohon dan Pembantu
  3. Sijil Kursus Pengendalian Makanan Pemohon dan Pembantu
  4. Pemeriksaan Kesihatan (bagi wanita yang mengandung)
  5. Telah menjelaskan bayaran kompaun\

 

CARTA ALIR PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN 2018

 

KAUNTER 1 (PENDAFTARAN DAN PEMBERIAN BORANG)
  • Empat orang petugas akan menjaga kaunter pendaftaran (tertakluk).
  • Dua orang petugas akan memberi nombor giliran dan dua orang petugas akan membuat pendaftaran.
  • Pemohon akan diberikan nombor giliran mengikut kawasan yang telah ditetapkan.
  • Petugas akan memberikan borang mengikut warna nombor yang diberikan kepada pemohon.
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang di tempat mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak urus setia.

KAUNTER 2 (BAYARAN)

    • Empat orang petugas akan ditugaskan di kaunter bayaran (tertakluk).
    • Dua orang petugas akan menyediakan bil pelbagai dan dua orang petugas akan menerima bayaran dan mengeluarkan resit bayaran.
    • Pemohon akan membuat pembayaran pembelian petak di kaunter ini.
    KAUNTER 3 (SEMAKAN BORANG)
    • Dua orang petugas akan membuat semakan borang yang telah diisi oleh pemohon (tertakluk).
    • Petugas akan menandatangani borang yang telah lengkap diisi dan menepati syarat dan peraturan Bazar Ramadan.
    KAUNTER 4 (PROSES CABUTAN UNDI)
    • Kaunter cabutan undi mengikut lokasi akan dibuka tertakluk kepada jadual jualan petak Bazar Ramadan.
    • Setiap pemohon yang telah membuat semakan borang yang diisi dikehendaki ke kaunter undian mengikut warna nombor dan borang yang telah diberikan.
    • Sebelum undian dilakukan, petugas akan memastikan borang yang telah diisi pemohon telah disemak dan ditandatangani oleh petugas di Kaunter Semakan Borang.
    • Setiap petak yang telah dicabut undi akan ditandakan di pelan tapak Bazar Ramadan yang berkenaan bagi pengesahan petak.
    • Pengesahan petak hendaklah ditandatangani oleh petugas Majlis Daerah Kuala Selangor dan petak.
    • Satu salinan Pengesahan Cabutan Undi akan diberikan kepada pemohon.
    • Petugas akan memaklumkan kepada pemohon petak yang dicabut undi yang terdapat di pelan petak Bazar Ramadan.

     

    SYARAT-SYARAT  PERMOHONAN BAZAR RAMADAN 2018M / 1439H

     

    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur  18 tahun ke atas.
    2. Pemohon mestilah bebas daripada ’senarai hitam’ rekod sewaan / pelesenan /  pasar malam / kompaun / cukai taksiran MDKS.
    3.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara berikut :

    • Satu salinan kad pengenalan (pemohon dan pembantu)
    • Satu salinan sijil kursus pengendalian makanan (pemohon dan pembantu)
    • Satu salinan dokumen suntikan Typhoid yang sah serta masih dalam tempoh (pemohon dan pembantu)
    • Satu salinan sijil pemeriksaan kesihatan (pemohon dan pembantu)
    4. Lokasi yang dibenarkan adalah tapak Bazar Ramadan yang disediakan dan dikendalikan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor.
    5. Waktu perniagaan mulai jam 3.30 petang hingga 7.30 malam sahaja.
    6. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemohon. Pihak  Majlis berhak menolak permohonan yang mengandungi butiran maklumat tidak lengkap, palsu atau yang meragukan.
    7. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar pada tarikh yang sama permohonan dibuat di kaunter Majlis Daerah Kuala Selangor atau di lokasi yang telah ditentukan bagi tujuan undian oleh Majlis Daerah Kuala Selangor.
    8. Keluasan bagi setiap petak adalah 10 kaki persegi.
    9. Membayar fi pemprosesan sebanyak RM50.00.
    10. Kadar bayaran permit bagi SATU (1) petak adalah RM150.00 (tambahan RM60.00 akan dikenakan kepada peniaga air tebu dan air kelapa).
    11. Membuat bayaran deposit sebanyak RM....-.... sebagai jaminan untuk memastikan bahawa peruntukan Undang-undang Kecil dan syarat serta peraturan permit Bazar Ramadan dipatuhi.
    12. Mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Melesen (PBM) sekiranya mengambil mana-mana pembantu.
    13. Wajib menghadiri Taklimat Bazar Ramadan bagi tahun 2018.
    14.

    Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk membeli satu petak sahaja (tertakluk kepada lebihan petak selepas selesai proses undian).