MENU

Senarai aduan dan cadangan yang dipaparkan ini adalah aduan dan cadangan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Kuala Selangor. Terima kasih atas sokongan anda.

 

Nama Maklum Balas / Cadangan Tindakan
izzati binti abdullah Sistem pelayaran kebanyakan nya tidak berfungsi dengan baik. Mohon untuk upgrade. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
NG Lee Kean Tepi Pantai yang dicemarkan oleh sampah sataf di Tanjong Karang.
Dimaklumkan bahawa saya dengan rakanrakan saya yang selalu pergi bersenam di Lembah Pantai (Jalan Bomba) Tg Kg berasa sangat kecewa Kerana pihak majlis daerah membenarkan penghuni- penghuni yang tinggal berdekatan membuang sampah di band dengan sewenang. Kami syaki Alam Flora juga Ada buang sampah di sana.
Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Pengurusan Sisa  Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS. Terima Kasih
koo yen nee Salam sejatera ..Rumah saya di jalan 5 taman sri cahaya,batang berjuntai.tujuan saya hari ini adalah minta tolong menebang pokok pokok besar di tempat persiaran kanak kanak taman sri cahaya..Pokok yang besar itu telah menghalang kanak bermain di situ kerana gelap, bahaya,kotor dan nyamuk banyak di situ.Sekarang tempat itu sudah jadi tempat buang sampah penduduk...Lagi rumah saya bersebelah di tempat itu,jadi sentiasa ada banyak daun daun kering di tempat itu dan rumah saya,sangat kotor.Sekali lagi saya meminta tolong pihaknya akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin menkembalikan perserkitaran yang bersih dan cantik kepada kita.Sekian Terima Kasih. Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Perancang Pembangunan dan Landskap MDKS. Terima Kasih
Afiq Zakwan bin Abd Kadir Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya ingin mengemukakan satu permasalahan yang saya hadapi di laman sesawang ini. Masalah saya sekarang, saya nak mohon kerja di laman sesawang www.mdks.gov.my. Sebanyak 26 kali percubaan untuk menghantar permohonan, tiada satu pun permohonan yang berjaya. Hal ini demikian kerana bahagian muat naik dokumen menggagalkan permohonan saya. Saya tidak faham, setelah berjaya memuat naik, tetapi gagal untuk menghantar. Boleh jelaskan pada saya apa permasalahan yang sebenar? Jikalau permohonan sudah ditutup, terus tutup sahaja. Jangan diberi harapan kepada orang yang mengharap. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
NOR HIDAYAT BIN YENDRI assalammualaikum...saya ingi maklumkan bahawa saya tidak dapat untuk muat naik document yg di perlukan untuk memohon jawatan kosong,dan ini menyukarkan saya untuk membuat permohonan jawatan kosong yang baru dibuka.terima kasik.. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
NUR SYIFA AULIYA BINTI SHAFIE Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tuan/ Puan,
Saya merupakan salah seorang pemohon jawatan terkini bulan ogos 2016.. masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untuk menghantar (submit) borang permohonan tersebut. Di ruang 'muatnaik' saya telah kepilkan (attached) sijil dan beberapa maklumat peribadi yang telah ditukar kepada mod 'zip'. Akan tetapi, setiap kali ingin menghantar, notis meminta untuk memuat naik semula akan keluar.
Diharap pihak tuan dapat membantu atau memantau kembali sistem borang permohonan. Terima kasih atas jasa tuan..
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
nurhayati Kenapa untuk ruangan memuat naik dokumen di ruangan permohonan jawatan masih tidak dapat dilakukan walqupun telqh menggunakan mozilla firefox. Menggunakan google crome juga masih tidak dapat dilakukan. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
Siti Hajar Mohd Nasri Salam. Saya telah menggunakan Mozila Firefox untuk urusan permohonan kerja. tapi masih gagal untuk muat naik fail.
Fail telah saya zipkan. Tetapi masih gagal. Error "Medan muat naik diperlukan"
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
HASLINA BINTI ZAKARIA Assalammualaikum. Saya merupakan pemohon pekerjaan yang menggunakan sistem permohonan pekerjaan secara online. Saya menghadapi masalah untuk menghantar permohonan kerana apabila saya telah lengkap mengisi borang, sistem akan menyuruh saya untuk memuat naik kembali medan "Muat naik". Saya telah mencuba banyak kali, namun perkara yang sama tetap berlaku. Ini menyebabkan saya gagal untuk menghamtar permohonan jawatan saya secara online. Di harap pihak MDKS dapat menyiasat perkara ini. Sekian, Terima Kasih. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
muhammad anwar bin ibrahim saya nak mohon jawatan kosong, saya dah muat naik document rar. tapi diminta untuk memuat naik semula. banyak kali proses ini dilakukan tetapi tidak boleh proses. apakah masalah yang dihadapi? Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
saufi maaf bertanya, macam mana mahu mengisi borang jawatan di laman web MDKS. kenapa setiap kali bila dah muat naik dokumen, keluar sila isi ruangan muatnaik dokumen walaupun sudah memuat naik. harap ada penyelesaian
terima kasih
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
saufi Maaf bertanya, macam mana mahu megisi borang jawatan di MDKS, setiap kali nak submit mesti keluar sila isi ruangan muatnaik dokumen, walapun sudah megisi raungan tersebut. harap ada penyelesaian
terima kasih
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
Mohd Azrul Amir Diharapkan agar pihak MDKS akan dapat melicinkan lagi sistem web Portal ini dengan 'mesra pengguna', sekaligus memudahkan warga Kuala Selangor melayari Portal ini dari masa ke semasa. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
FARAH LIYANA BINTI AYOB SAYA MENGHANTAR PERMOHON PEKERJAAN SECARA ONLINE TETAPI TIDAK DITERIMA OLEH SISTEM. TERTULIS 'MEDAN MUAT NAIK DOKUMEN DIPERLUKAN' WALAUPUN SAYA TELAH MEMUAT NAIK DAN MENGIKUT FORMAT DAN SAIZ DOKUMEN SEPERTI DINYATAKAN DAN MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM 'CARA-CARA MEMOHON PERMOHONAN PEKERJAAN. DIHARAP PIHAK MDKS DAPAT MENYELESAIKAN KESULITAN INI DENGAN SEGERA.
TERIMA KASIH
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
MOHD AZRIL BIN ABDUL AZIZ Permohonan pekerjaan tidak dapat dihantar kerana ayat mengatakan "Medan Muatnaik dokumen diperlukan." saya telah mencuba berbagai format seperti rar, zip dan .tar. namun ayat "Medan Muatnaik dokumen diperlukan" masih juga keluar. minta bantu untuk menyelesaikan masalah ini kerana permohonan pekerjaan tidak dapat dihantar. terima kasih Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
nurshazamira binti sazali saya ingin mengemukakan cadangan supaya bahagian muat naik dokumen bagi pengisian jawatan kosong tidak dijadikan medan wajib untuk diisi kerana jika pengguna yang hanya berkelulusan spm atau pmr tidak ramai yang tau menggunakan applikasi / software seperti archieve compress file untuk menukar sesebuah file dari .doc/.pdf/.jpg kepada compressing file seperti .rar/.tar/.zip. bagi saya yang tau menggunakan software tersebut tidak menjadi masalah tetapi bagi mereka yang tidak arif dalam menggunakan software tersebut akan mengundang tekanan dan kekecewaan untuk mengisi borang. segala dokument yang diperlukan boleh disemak semasa hari temuduga setelah berjaya ditapis untuk proses temuduga. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
MUHAMAD SAFUAN BIN MOHD MUJIB Assalamualaikum. Saya menghadapi masalah untuk "submit" borang jawatan kosong online. Ini kerana sistem menyatakan bahawa saya tidak memuat naik dokumen yang diperlukan. Walhal saya telah berjaya memuat naik fail jenis rar yang hanya bersaiz 8mb. Tapi apabila submit dokumen pun hilang.  Setelah beberapa kali saya cuba dengan menggunakan pelbagai browser tetap tidak berjaya. Harap dapat perbaiki sistem secepat mungkin memandangkan tarikh tutup jawatan kosong semakin hampir.
Sekian, terima kasih.
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
daus Berlaku kesukaran memuatnaik dokumen rar,zip ke dalam entri permohonan pekerjaan...mohon perbaiki Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
MOHD KHAIRI BIN GHAZALI Permohonan kerja Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
Siti Nur Fairuz Binti Abdullah Saya ingin membuat aduan berkenaan sistem permohonan pekerjaan atas talian.
Selepas saya melampirkan fail (zip) dan tekan butang submit, permohonan saya tidak lulus.
Error bertulis "medan muatnaik dokumen diperlukan" keluar di skrin.
Mohon perhatian.
Terima kasih.
Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
shamsul adlan yahya Aslkum dan salam sejahtera tuan puan,
Diharap dpt pihak tuan puan membantu kami utk membuat semburan fogging dikejiranan kami.. nyamuk semakin byk tak dpt kamk nak bentung walaupun kami melaku kan gotong royong.. tkasih
Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS. Terima Kasih
sasitaran kumar Tuan/ puan warga pekerja mdks....sy ingin mengadu tentang masalah nyamuk di tempat tinggal sy ..iaitu taman bentara....sy harap pihak mdks menyemburkan racun untuk mengawal pembiakan nyamuk di tempat ini..sy juga takut disebabkan nyamuk yg banyak ini..ia boleh membawa penyakit seperti denggi dan zika....harap perkara ini diambil berat dan segera mengambil tindakan....tq Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS. Terima Kasih
Nor Rul Hasma Abdullah Pertanyaan tentang cukai taksiran. Saya ingin melihat bil cukai taksiran secara online kerana saya ingin membuat pembayaran. Saya telah daftar tetapi tiada akaun yg terpapar. Tahun-tahun sebelum saya telah membuat pembayaran secara online melalui web mdks sahaja. Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
Napsiah Mohamad Saifullah Ditujukan kepada Jabatan Landskap,

Sedikit cadangan dari saya. Harap Pihak Encik/ Puan dapat terima cadangan ini.

Saya menyewa di fasa 3 puncak alam. Dihadapan rumah ada Buffer zone yg luas untuk jalan utama. Sekarang buffer zone tersebut tidak dijaga rapi dan byk lalang2 liar tumbuh dan keadaannya boleh mengundang hidupan liar yang berbisa seperti ular. Disini saya hanya mempunyai cadangan untuk jabatan Encik/ Puan mungkin dapat selesaikan permasalahan ini dengan kaedah pembinaan kebun komuniti. Dengan ada nya kebun komuniti, pihak Encik/ Puan dapat kurangkan kos landskap kerana kebun komuniti akan dijaga oleh komuniti kawasan tersebut.

Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Perancang Pembangunan dan Landskap MDKS. Terima Kasih
Faisal Bin Noorazman Assalamualaikum.

Baru baru ini, saya ada membuat aduan berkenaan longkang sekitar rumah saya yg dala keadaan penuh dgn tanah. Hari ni, saya nampak ada kesan pembersihan di longkang "hadapan" rumah saya. Terima kasih atas tindakan pantas.

Bagaimanapun, aduan saya menjurus kepada longkang di"sebelah" rumah saya yg bersebelahan dgn jalan utama Jalan 9/2 Lautan Samudera. Minta maaf sekiranya aduab awal saya mengelirukan. Harap pihak MDKS dapat mengambil tindakan lanjut. Terima Kasih.

Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Pengurusan Sisa  Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS. Terima Kasih
Nur Aina Natasha Binti Jamil penambahbaikan sistem emohon jawatan Laman Web MDKS telah dinaiktaraf ke rekabentuk baharu dan kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat secara berperingkat. Terima Kasih
Nur fazarul Lori sampah selalu tidak dtg ikut jadual yg ditetapkan. Minggu ini, tiada lori sampah yang dtg mengutip sampah di perumahan hillpark. Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Pengurusan Sisa  Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS. Terima Kasih
Mohamad Azmi Mohamad Sulaiman Assalamualaikum.

Mohon semakan di kawasan permainan kanak-kanak di hadapan astaka pekan Tg Karang. Perlukan penyelenggaraan kerana terlalu kotor dengan najis burung.

Sekian, terima kasih.

Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Pengurusan Sisa  Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS. Terima Kasih
Nurul Ain binti Kamaludin Assalamualaikum,
saya Nurul Ain Kamaludin pelajar tahun akhir UiTM Seremban 3. Saya nak tanya, pihak MDKS ada mengambil pelajar utk menjalani latihan industri? Sekiranya ada, bagaimana cara untuk memohon?
Pertanyaan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Khidmat Pengurusan MDKS. Terima Kasih
SHIFUL BAHARI BIN ITHNIN Tuan/Puan,

Saya ingin membuat pertanyaan. Alamat pada notis tuntutan tunggakan cukai taksiran rumah saya masih menggunakan penama tuan rumah sebelum ini, oleh itu, saya ingin bertanya kaedah untuk penukaran penama pada bil cukai taksiran saya ini. Sebagai makluman, saya baru membeli rumah ini pada tahun lepas dari pemilik sebelum.

terima kasih
Shiful

Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDKS. Terima Kasih
MOHD ZAKHIRI BIN MAT TAIB Kami dari Persatuan Penduduk Areca Bandar Seri Coalfield ingin menjadi Gated Community and Guarded Neighbourhood. Saya cuba mencari panduan di website ini, tapi tidak jumpa. Boleh tolong beri nasihat dan rujukan tentang proses yang perlu kami lakukan untuk medapat status ini? Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Belia dan Kemasyarakatan MDKS. Terima Kasih
ZULKIFLI BIN SARJI Assalamualaikum. Mohon makluman, longkang dipercayai dibawah seliaan MDKS xpernah diselengara dan dipenuhi sampah sarap dan air bertakung, ini boleh menyebabkan bau yg kurang menyenangkan dan penternakan nyamuk aedes. Mohon pihak berwajib membuat pemantauan. Pihak PKNS juga telah dimaklumkan berkenaan perkara ini. Lokasi: longkang berdekatan rumah  No 31 Lorong MU 3A Taman Melawati Utama Kuala selangor. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan saya Ucapkan Terima kasih. Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Pengurusan Sisa  Pepejal dan Pembersihan Awam MDKS. Terima Kasih
AHMAD AFIFY BIN MANSOR Laporan ke2 berkaitan pokok yg semakin rendang di lorong 2/11. Masih xde tindakan. Keadaan dahan pokok yg sudah menghalang jln menyebab lori2 sampah dan lori besar tidak boleh melalui 2/11 . no rujukan laporan dahulu 0074/10/16. Harap amik tindakan segera krn musim hujan skrg keadaan pokok semakin rendah dan boleh menghalang kereta melalui jln pd bila2 ms... Aduan/ Cadangan tuan/puan akan pihak MDKS panjangkan ke Jabatan Perancang Pembangunan dan Landskap MDKS. Terima Kasih