MENU

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR, 19 Jun: Satu Majlis Lambaian Kasih "Sesaat Bersama, Seabad Terasa" telah berlangsung Sempena Persaraan Puan Hajah Saleha binti Md. Arif sebagai Pengarah di Jabatan Kawalan Bangunan, MDKS pada 19 Jun 2019 (Rabu) bertempat di Jabatan Kawalan bangunan, MDKS. Puan Hajah Saleha telah berkhidmat selama 6 tahun di Majlis Daerah Kuala Selangor bermula pada tahun 2013 sehingga 2019. Selamat bersara dan terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Saleha bin Md. Arif di atas segala jasa dan bakti beliau kepada Majlis Daerah Kuala Selangor.

  

 

 

Kalau ada sumur diladang,

Boleh saya menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Last Updated: Thursday, 22 August 2019 - 7:57pm