MENU

Buddha Temple

Disclaimer

* No translation available yet

Tokong Tian Hock, Kuala Selangor

Lokasi : Pekan Lama Kuala Selangor

Catatan:

Tokong Tian Hock adalah sebuah tokong yang tertua di Kuala Selangor. Tahun sebenar pembinaannya tidak dapat dipastikan tetapi berdasarkan 2 keping papan ukiran yang masih terdapat dipercayai ianya dibina pada tahun 1888.

Tempat asal bangunan tokong ini adalah di belakang Pejabat Pos, di bawah kaki Bukit Malawati.

Perpindahan bangunan tokong ke lokasi sekarang adalah dikaitkan dengan seorang Pegawai Daerah berbangsa Inggeris yang telah diselamatkan oleh seorang berbangsa India berambut panjang semasa kejadian kemalangan keretapi.   Suatu hari semasa Pegawai Daerah tersebut melalui tokong ini didapati Dewa yang terdapat di dalam tokong serupa dengan orang yang menyelematkannya dan beliau mengambil keputusan untuk membina bangunan tokong baru yang digunakan sehingga sekarang.

Upacara sembahyang akan diadakan pada haribulan pertama dan ke-15 mengikut Kalendar Cina.   Setiap tahun, 2 aktiviti utama yang diraikan secara besar-besaran adalah ulangtahun Dewa " Zhang Gong Shen Jun " dan Dewa " Tian Shang Shen Mu " yang merupakan dewa utama di tokong berkenaan.

Selain itu, upacara sembahyang, pertunjukan pentas / opera Cina dan jamuan makan malam akan diadakan pada bulan ke-3 dan ke-7 mengikut Kalendar Cina.

Selain dari upacara keagamaan, ianya juga dijadikan pusat khidmat nasihat dan bantuan kepada fakir miskin.