MENU

12. JABATAN PENGUATKUASA        

Jabatan ini meliputi 3 unit iaitu Unit Operasi, Unit Rondaan dan Unit Trafik yang berperanan seperti berikut :

a) Unit Operasi

  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Melaksanakan arahan, tindakan, siasatan, kompaun, notis, roboh dan sitaan.
  • Melaksanakan operasi bersama Jabatan dan Agensi lain
  • Membuat kawalan kaunter.
  • Membuat tugasan lebih masa mengikut jadual yang disediakan.
  • Melaksanakan operasi mengikut kesesuaian.
  • Memastikan semua peniaga di dalam Daerah Kuala Selangor berlesen.
  • Membantu dan menerangkan kepada orang awam tentang undang-undang yang digunapakai oleh MDKS.
  • Bertugas mengikut taqwim.
  • Merekod dan mendaftar surat-surat masuk.
  • Membuat pemeriksaan premis perniagaan dan pembinaan bangunan.
  • Mendaftar fail.
  • Mendaftar dan merekod pengeluaran notis.
  • Mengeluarkan notis kesalahan (Kompaun).
  • Mendaftar pengeluaran kompaun Zon.
  • Membuat laporan dan menjawab surat.
  • Merekod barang-barang sitaan dan rampasan.
  • Merekod penurunan kain rentang.
  • Melelong barang rampasan yang tamat tempoh dan barangan mudah luput.
  • Memastikan tiada sebarang pembinaan yang didirikan tanpa kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor.
  • Membuat dan mengemukakan kertas siasatan.

 

b) Unit Rondaan

  • Membuat rondaan serta siasatan.
  • Melakukan rondaan di setiap kawasan Majlis serta membuat pemeriksaan permohonan lesen dan permit sementara.
  • Ulasan sokongan permohonan permit dan lesen perniagaan.
  • Rondaan jalan kaki (bit jalan kaki).
  • Kawalan statik (tempat tumpuan orang awam spt :Pasar Awam, Sekolah dan Pasaraya).

 

c)  Unit Trafik

  • Mengawal dan memastikan lalulintas dalam keadaan terkawal dalam sebarang program yang diadakan dalam Daerah Kuala Selangor.
  • Mengawal dan menjadi pengiring kepada Menteri Besar, Ketua Jabatan dan Pelancong Luar Negara yang datang ke Kuala Selangor ataupun sebarang program rasmi yang diadakan.
  • Bekerjasama dengan Polis Trafik dan membantu kawalan lalulintas apabila diperlukan