MENU

13. UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM

 

  • Menguruskan jemputan rasmi untuk program-program MDKS
  • Menjemput pihak media dan mendapatkan maklumat yang berkaitan
  • Menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak media
  • Menguruskan maklumbalas pelanggan terhadap perkhidmatan di MDKS
  • Menerbitkan buku laporan tahunan dan buletin MDKS
  • Menyediakan rekabentuk backdrop / banner / bunting untuk program MDKS
  • Menyediakan hebahan media melalui media cetak dan elektronik
  • Melaksanakan Pengurusan Kualiti di MDKS.

14. UNIT PUSAT SETEMPAT

 

  • Menerima dan menyemak permohonan bagi cadangan pemajuan seperti Kebenaran Merancang, Pelan Kejuruteraan, Pelan Bangunan dan Pelan-Pelan berkaitan untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat J/Kuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh piagam yang ditetapkan

15. UNIT AUDIT DALAM

 

  • Menerima dan memproses aduan awam serta menyelaras ke bahagian/unit untuk tindakan selanjutnya dan dapatkan maklumbalas
  • Menjalankan audit dalaman
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun dan Mesyuarat J/Kuasa Audit      
  • Melaporkan kepada YDP hasil auditan dan tindakan susulan bagi perkara berbangkit    

16. UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN

 

  • Memastikan Badan Pengurusan (JMB) diwujudkan di setiap kawasan pemajuan dalan tempoh 12 bulan dari tarikh Sijil Layak Menduduki dikeluarkan
  • Menyelesaikan semua aduan dan masalah berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik serata
  • Memastikan Penubuhan Badan Pengurusan 9JMB) dan memastikan pemaju membuat mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan
  • Mempertingkatkan kerjasama bestari diantara agensi serta responsif terhadap keperluan pelanggan

17. UNIT PERUNDANGAN

 

  • Menyediakan draf peruntukan undang-undang kecil MDKS        
  • Menguruskan tugas-tugas pewartaan undang-undang kecil MDKS      
  • Memberi nasihat perundangan kepada Majlis
  • Menjalankan tugas-tugas pendakwaan dan pembelaan bagi pihak Majlis
  • Menyediakan dan menyemak dokumen-dokumen perjanjian
  • Membantu bahagian hasil dalam usaha mengutip tunggakan cukai taksiran
  • Membantu memberi penjelasan dan pemahaman mengenai perundangan kepada orang awam

18. UNIT INTEGRITI

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

  • Melaksanakan fungsi urus setia lembaga tatatertib.

  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.