MENU
Logo Majlis Daerah Kuala Selangor

Logo Majlis Daerah Kuala Selangor

Maklumat Mengenai Logo:

Rumah Api dan Bukit Melawati

Rumah Api di atas Bukit Melawati dibina pada tahun 1907, bertujuan untuk memberi arah tuju kepada pelayar di Selat Melaka. Ia melambangkan MDKS memberikan perkhidmatan penyeluruh kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

 

Sungai dan Bunga Padi

 

Sungai dan Bunga Padi melambangkan kemakmuran dan kesuburan Kuala Selangor. Sungai memberikan sumber air kepada penduduk. Padi dalam logo MDKS melambangkan semangat bersatu padu warga MDKS memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan penuh rasa bertanggungjawab. Selain itu, lambang Bunga Padi menyatakan bahawa Kuala Selangor ( Tanjung Karang ) adalah tempat penanaman padi dan digelar sebagai Periuk Nasi Selangor.

 

Lambang Kerajaaan Negeri Selangor

 

Kuala Selangor ialah sebuah daerah di bawah Pentadbiran Kerajaaan Negeri Selangor.

 

Usaha Untuk Rakyat

 

Tulisan jawi digunakan sebagai lambang warisan dan cogan kata ini diperlihatkan usaha MDKS memajukan pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal untuk rakyatnya.

 

Meriam dan Kota Malawati

 

MDKS terkenal sebagai destinasi kawasan bersejarah terutama berkaitan dengan Kesultanan Melayu Selangor. Meriam melambangkan kekuatan dan tembok melambangkan kekukuhan dan keutuhan perpaduan rakyat.