MENU
Logo MPKS 

Logo Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Maklumat Mengenai Logo:

Rumah Api

  • Mercu tanda Daerah Kuala Selangor. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1907 dan menjadi tarikan pelancong yang datang ke Kuala Selangor.

MPKS

  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor

 Pecahan Kawasan Pentadbiran

  • Susunan warna menunjukkan zon kawasan pentadbiran seperti Industri, Pertanian, Perumahan dan Komersial. Kepelbagaian zon guna tanah mendorong kepada tunjang ekonomi ke arah bendar yang mampan dan sejahtera.

Tulisan Jawi 

  • Tulisan jawi merupakan warisan sejarah yang telah di bawa masuk ke Kuala Selangor seawal tahun 1756 dan digunakan oleh Kesultanan Melayu Selangor ketika itu bagi tujuan tadbir urus negeri.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Tulisan Rumi)

  • Tulisan Rumi merupakan tulisan rasmi yang digunakan secara holistik dalam pentadbiran, perundangan, ekonomi dan pembangunan sesuatu entiti.

 

 

Bendera 

Bendera Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Maklumat Mengenai Bendera:

Warna Merah dan Kuning

  • Jalur berwarna merah dan kuning melambangkan kekuatan kerjasama yang kukuh dan utuh dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Warna Biru

  • Warna biru yang menjadi latar belakang bendera MPKS mengambarkan sikap Mesra Rakyat yang diamalkan dalam pentadbiran MPKS adalah bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran penduduk setempat.

Logo MPKS

  • Logo MPKS di bahagian tengah bendera bermaksud kawasan tersebut adalah di bawah pentadbirsan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 September 2021 - 5:01pm