MENU

6 Dis 2014 (Sabtu), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan “Ekspedisi Mendaki Bukit Kutu” yang dianjurkan oleh Biro Reakreasi dari Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi MDKS. Program yang berkonsepkan aktiviti lasak ini telah diadakan di Kuala Kubu Baharu di Daerah Hulu Selangor.

    

Sejajar dengan nama program, seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini, antaranya Pegawai MDKS dari Team Pengurusan, Kakitangan MDKS, pelajar praktikal dan Puan YDP serta keluarga. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta mengamalkan gaya hidup sihat dan memberikan pengalaman kepada para peserta.

    

Acara dimulakan dengan ucapan dan taklimat Puan YDP, sesi memanaskan badan yang diketuai oleh En Azanol Izani bin Kamal Basihah dan bacaan doa oleh En Shah Rullnizam Bin Apandi. Jam 7.30 pagi para peserta memulakan pendakian ke puncak Bukit Kutu yang mempunyai ketinggian 3456 ribu kaki dari aras laut. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dengan melalui jambatan gantung dan 3 anak sungai serta jalan yang berbukit.

Tiba di puncak Bukit Kutu jam 12 tengahari dan sesi bergambar di puncak Bukit Kutu. Selesai solat dan makan tengahari mula bergerak turun pada jam 2 petang. Tiba di kaki Bukit Kutu pada jam 6 petang.

Pihak MDKS merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas penyertaan yang penuh bersungguh-sungguh dari semua peserta dan berharap aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Ekspedisi ini berakhir jam 6.30 petang.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 17 Julai 2019 - 10:33am