MENU

27 Nov 2014 (Khamis), Majlis Daerah Kuala Selangor telah menagadakan Coffee Table Talk yang bertajuk "Menabunglah Dengan SSPN-i" bertempat di ruang legar Majlis Daerah Kuala Selangor.

    

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrument simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-I adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep "Wakalah Bil Istitmhar". Keistimewaan SSPN-I adalah 1) patuh syariah 2) layanan pembiayaan pendidikan PTPTN 3) pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 4) perlindungan takaful percuma 5) pemberian geran sepadan 6) simpanan mudah 7) dividen kompetitif 8) dijamin kerajaan

Pembukaan akaun SSPN-I boleh dibuat melalui kaunter PTPTN dan ejen SSPN-i di seluruh negara. Penambahan deposit SSPN- i boleh dibuat menggunakan telefon bimbit untuk akaun Maybank dan CIMB Bank, One Pay, myBayar. Penyata akaun SSPN- i dan penyata pelepasan cukai boleh disemak dan dicetak di www.ptptn.gov.my.

Pendeposit boleh membuat pengeluaran / penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetap kan oleh PTPTN. Dokumen yang diperlukan adalah slip pengeluaran deposit / tuntutan geran sepadan atau borang pengeluaran / penutupan akaun / tuntutan geran sepadan. Salinan muka buku akaun simpanan / penyata akaun pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Februari 2019 - 4:07pm