MENU

21 September 2016,  satu Program Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) anjuran SUK Selangor dan MDKS sebagai penyelaras telah diadakan di Majlis Daerah Kuala Selangor bertempat di Dewan Sri Siantan MDKS.

        Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS)  merupakan gabungan antara Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (diperkenalkan mulai tahun 2010) ddan Program Cabaran My Innovation (diperkenalkan pada tahun 2015) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

         Antara jabatan yang terlibat dalam Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) ialah MDKS, INPENS, UNISEL, UITM, Sekolah Menengah Saujana Utama dan Kolej Vokasional Kuala Selangor.

        Program  Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) berakhir pada pukul 5.00 petang. 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Disember 2019 - 10:42am