MENU

1 Disember 2011 (Khamis), Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Coffee Table Talk, yang dihoskan kali ini oleh Jabatan Perancang Pembangunan Bandar dan Desa.

 

1  2  

 

           Jabatan Perancang Pembangunan Bandar dan Desa telah berkongsi maklumat mengenai syarat-syarat untuk membuka taska, antara isi kandungan yang dikongsikan ialah, berdasarkan seksyen 19, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), permohonan kebenaran merancang adalah diperlukan apabila terdapat sebarang perubahan material mengenai penggunaan sesuatu bangunan atau tanah. Begitu juga, pihak MDKS telah melaksanakan keperluan tersebut mulai 1 Januari 2007 dimana setiap pengusaha yang menjalankan perniagaan TASKA atau seumpamanya diatas premis kediaman yang disyaratkan.

 

           Antara garis panduan yang perlu dipatuhi ialah Garispanduan Perancangan, Garispanduan Bangunan dan Garispanduan Pengiklanan. Antara syarat Garispanduan Perancangan ialah Bangunan yang dibenarkan adalah rumah banglo, rumah berkembar, dan rumah teres lot pepenjuru, selain itu mestilah mempunyai halaman selebar 6,096 meter (20 kaki) dengan keluasan minima 680 kaki persegi. Antara syarat Garispanduan Bangunan pula ialah bangunan hendaklah mempunyai pengudaraan boleh kawal minima 20% daripada keluasan lega lantai, pengudaraan bebas minima 10% dan pengcahayaan semulajadi minima 20% daripada keluasan lega pantai, selain itu mempunyai 2 tangga (laluan) bagi masa kecemasan dan tangga hendaklah dialas dengan permaidani. Antara syarat Garispanduan Pengiklanan pula ialah papan tanda iklan dan tulisan nama taska dihadapan atau disisi bangunan adalah dibenarkan dan hendaklah ditulis dalam bahasa melayu.

 

10  11  12  12

 

          Majlis diteruskan lagi dengan penerangan prosedur permohonan antaranya ialah pemohanan boleh membuat permohonan dengan datang sendiri atau melantik juruperunding Perancang bandar dan desa ke unit pusat setempat (OSC) MDKS untuk mengemukakan permohonan. Tempoh kelulusan kebenaran merancang adalah untuk 24 bulan. Permohonan dikehendaki mengemukakan permohonan perlanjutan tambahan kebenaran merancang kepada MDKS 2 bulan sebelum tamat tempoh kebenaran merancang tersebut kepada pihak MDKS dengan yuran memproses sebanyak RM 200.00.

 

          Secara keseluruhannya, Coffee Table Talk kali ini meriah dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor dan lebih mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Julai 2019 - 10:39am