MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan sesi kedua program Cuti-Cuti Di Kuala Selangor yang disertakan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang berlangsung di  Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor . Antaranya aktiviti yang diadakan adalah Partandingan Mencanting Batik,Pertandingan Mewarna , Pertandingan Memancing,Pertadingan Sukaneka Tradisional, Pertandingan Teka Gula-Gula, Cabutan Bertuah, dan Mini Treasure Hunt. Program  yang berlangsung selama  6 jam ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari  para peserta  dan pengunjung.

   

Seramai 30 orang kanak-kanak telah didaftarkan untuk menyertai Pertandingan Mewarna yang berlangsung selama 1 jam 30 minit yang bermula pada pukul 11 pagi.Kategori yang dipertandingankan dalam Acara ini adalah 4-12 tahun. Pertandingan Mencanting Batik yang disertai seramai 6 orang peserta  memberikan peluang dan pengalaman yang sangat berharga kepada para perserta kerana  peserta dapat merasai bagaimana untuk mencorakkan batik dengan teknik yang betul .

   

Pertandingan Mini Treasure Hunt yang telah disertai  sebanyak 10 kumpulan yang bersaing untuk merebut hadiah utama. Hadiah yang berbentuk wang tunai telah memberikan saingan yang hebat di antara setiap pasukan untuk merebut hadiah tersebut .  Sebanyak 6 checkpoint telah berikan untuk mencabar para perserta mencari dan membuat tugasan disetiap checkpoint dikawasan Bukit Malawati.Pemenang tempat pertama adalah FATY JAYA menerima rm500,kedua adalah SEMPOI menerima RM300, dan ketiga INFINITI 1 menerima RM100. Acara ini bermula pada pukul 11 pagi sehingga pukul 2 petang yang diakhiri dengan tugasan terakhir iaitu  Acara Makan Nasi Ambeng.

   

Pertandingan Memancing  yang diadakan di kolam ikan keli menerima penyertaan  seramai 30 peserta telah bertanding untuk  merebut gelaran juara berdasarkan berat keseluruhan semua ikan yang diperolehi. Akhir sekali Pertandingan Sukaneka tradisional . Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa sukan iaitu Baling Guli , baling tin, batu seremban ,dan timbang bola takraw .Pertandingan ini yang mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil yang telah memberikan sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta.  

Diharapkan pihak penganjur dapat menganjurkan program atau pertandingan sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang .Dengan mengadakan program begini masyarakat boleh memperlajari nilai-nilai murni dan semangat kerjasama setiap pasukan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm