MENU

17 September 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan  program Cuti-Cuti Kuala Selangor (CCKS) siri kedua sempena dengan cuti sekolah yang  lalu. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik berlangsung di Ruang Parkir Asrama Pusat SMK Seri Tanjung Kuala Selangor . Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan mengikut kategori dan kriteria yang telah ditetapkan. 

             

                Antara aktiviti yang diadakan untuk kategori bawah 12 tahun ialah, pertandingan mewarna dan pertandingan kutip gula-gula paling banyak.Bagi kategori umur 4 hingga 6 tahun (individu), pertandingan patung berirama dan pertandingan "Biar Sampai Pecah"pula bagi kategori 7 hingga 9 tahun (individu). Acara yang menarik lain ialah Pertandingan cari guli dalam air dan pertandingan ambil getah mengunakan straw bagi kategori 10 hingga 12 tahun (individu).

                               

                Bagi kategori kaum ibu (individu), acara yang dipertandingkan ialah musang berjanggut dan pertandingan rencah hidupmu (teka rasa). Selain itu, bagi kategori kaum bapa (individu) ialah mencari jodoh dan musang berjanggut. Seterusnya bagi kategori berpasangan 2 hingga 4 orang, banyak aktiviti yang dapat dilakukan, antaranya alahai sayang, baling tin, isi air sampai penuh, bawa bola ping pong, seiring sejalan dan lontaran kasih.  Pelbagai gelagat pasangan dapat dilihat ketika acara seiring sejalan dan lontaran kasih dijalankan. 

                               

               Pada sebelah petang,penyampaian hadiah telah dilakukan bagi peserta-peserta yang telah memenangi setiap pertandingan. Diharapkan pihak penganjur dapat menganjurkan program atau pertandingan sebegini pada masa yang akan datang. Dengan mengadakan program begini masyarakat boleh memperlajari nilai-nilai murni dan semangat kerjasama setiap pasukan. Program berakhir pada jam 5.00 petang.

               

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm