MENU

KUALA SELANGOR 2 OGOS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memperkenalkan laluan baharu perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor iaitu Laluan KS02 Bandar Puncak Alam – Bandar Saujana Utama – Taman Sri Buloh ( MRT Feeder Bus : T102 ) bermula 1 Ogos 2017.

Pertambahan laluan baharu itu menjadikan daerah Kuala Selangor kini mempunyai dua laluan berbanding sebelum ini iaitu laluan Kuala Selangor – Sekincan.

Sebanyak dua buah bas dan sebuah bas gantian untuk laluan baharu ini meliputi beberapa kawasan Bandar Puncak Alam dan Saujana Utama merangkumi perjalanan sepanjang 25 kilometer dengan masa perjalanan 65 minit bagi waktu biasa atau 95 minit ketika waktu puncak.

Perkhidmatan bas percuma Smart Selangor ini bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam, tujuh hari seminggu dan bermula di Hentian Bas hadapan Tesco Puncak Alam dan Pusat Perniagaan Seri Pristana.

Sumber: Selangorkini