MENU

Kuala Selangor - Hubungan baik pengamal media dengan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dipererat lagi melalui penganjuran Hari Bersama Media "Boling Raya MDKS".

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan menjelaskan, penganjuran julung kali ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara kakitangan bahkan satu penghargaan buat media yang selalu membantu. "Peranan media penting dalam mempromosikan MDKS melalui aktiviti, produk pelancongan dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada masyarakat daerah ini. "Saya harap kesempatan ini beri peluang kepada kakitangan MDKS dan pengamal media beriadah dan bergembira dalam satu keluarga melalui sukan boling," katanya.

Program Hari Bersama Media adalah acara tahunan yang dianjurkan MDKS dan penganjuran pertama iaitu Hari Bersama Media: Sepetang di Kuala Selangor diadakan di Pantai remis tahun lalu. Kali ini, antara pengamal media yang hadir memeriahkan Hari Bersama Media "Boling raya MDKS" adalah Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia,The Star, Sin Chew Daily, Harian Tamil Malaysia Nanban dan Media Selangor.

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm