MENU

05 November 2016, satu Majlis Sambutan Hari Keluarga MDKS dengan temanya "Sehati Sekeluarga" telah diadakan bertempat di Arena Petanque MDKS, Kompleks Sukan Kuala Selangor bermula pada seawal 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Atucara dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan ahli keluarga masing-masing di meja pendaftaran dan diikuti dengan pemberian kupon makanan kepada peserta yang hadir.

  

             Upacara perasmian telah dirasmikan oleh Puan Hajah Noraini binti Roslan merangkap Yang Di Pertua Majlia Daerah Kuala Selangor. Aturcara diteruskan dengan sukaneka bagi kategori bukan dewasa ataupun sukaneka kanak-kanak. Pelbagai acara yang dipertandingkan dan pelbagai ragam kanak-kanak yang dapat dilihat ketika sukaneka berlangsung, ada diantaranya yang menangis kerana kalah dan ada yang gembira kerana menang.

  

          Selepas berakhirnya acara sukaneka kanak-kanak, acara sukaneka bagi kategori dewasa pula dijalankan. Antara acara yang dipertandingkan ialah susun menara, gorilla walk dan lain-lain. Sepanjang majlis berlangsung, terdapatnya hadiah bagi cabutan bertuah untuk para peserta. Antara hadiah besar yang boleh dimenangi ialah cincin emas dan gelang emas yang bernilai hampir RM2,000 ringit.

  

           Terdapat juga beberapa food truck disekitar arena petanque MDKS, dimana para peserta boleh membeli makanan di food truck tersebut menggunakan kupon yang telah diberikan semasa pendaftaran. Pelbagai pilihan makanan food truck yang boleh dibeli. Pada sebelah petang, atucara majlis lebih kepada pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka dan sedikit cabutan bertuah. Majlis berakhir pada pukul 2.30 petang.

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Disember 2019 - 10:42am