MENU

SHAH ALAM, 4 OKT: Selangor menerima peningkatan jumlah kemasukan pelancong dari Jepun sebanyak 211.38 peratus iaitu meningkat lebih 40,000  dalam tempoh setahun bagi tempoh Januari – April 2017  berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata,  peningkatan itu didorong hasil kerjasama Tourism Selangor bersama agensi pelancongan negara itu dalam usaha menarik lebih tinggi pelancong Jepun ke Selangor.

“Tahun ini, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Hakuba Tourism Association. “Ini bagi mempromosikan daerah pelancongan seperti Kuala Selangor dan Hakuba Goryu, Jepun. “Pastinya, kerjasama ini merupakan inisiatif dan galakan kerjasama prospek pelancongan antara kedua-dua bandar itu,” katanya.

Terdahulu, Tourism Selangor menyertai Expo Pelancongan 2017, di Tokyo Sight – 21 hingga 24 September lalu. Noorul Ashikin optimis, kerjasama itu mampu menjadi platform terbaik bagi Kerajaan Selangor untuk menggalakan kemasukan pelancong dari luar ke Selangor.

Beliau berkata, komitmen itu seiring kempen Discover Selangor dan Heart Of Malaysia yang berperanan memperkenalkan Selangor kepada masyarakat luar.

Sumber: Selangorkini