MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Kejohanan Dart 3 Sepasukan Amatur, Piala Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor bertempat di Dewan Seri Siantan, MDKS. Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi, Majlis Daerah Kuala Selangor.

    

Sebanyak 42 pasukan menyertai kejohanan ini terdiri yang daripada badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun dan badan-badan korporat yang dijemput untuk menyertai kejohanan ini dengan yuran penyertaan sebanyak RM300 untuk satu pasukan. Kejohanan berlangsung selama dua hari bermula pada jam 8.30 pagi (21 November 2015) dan berakhir pada jam 4.30 petang (22 November 2015).

    

Hadiah lumayan telah ditawarkan kepada pasukan yang menjuarai kejohanan ini. Pasukan yang telah menjadi johan adalah pasukan daripada Majlis Perbandaran Taiping yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000 beserta plak kejohanan. Naib johan adalah pasukan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,500 beserta plak kejohanan. Manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh pasukan daripada badan kerajaan yang sama iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700 berserta plak bagi setiap pasukan.

Pasukan yang menduduki tangga ke lima hingga lapan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta plak untuk setiap pasukan. Hadiah saguhati berupa medal untuk setiap peserta bagi setiap pasukan yang menduduki tempat ke sembilan hingga ke enam belas.

Diharapkan kejohanan seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang dengan tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan supaya ianya dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm