MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor 2017 yang berlangsung pada 16 Disember 2017 di Gelanggang Futsal Batu 6, Tanjung Karang.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 2000.00 kepada pemenang ini berjaya menghimpunkan sebanyak 64 buah pasukan yang terdiri daripada golongan belia. MDKS menyediakan pentas pertandingan ini untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru Kuala Selangor untuk menguji kemampuan mereka untuk bersaing bersama pasukan pasukan daripada luar daerah dan luar Negeri Selangor.

Kejohanan futsal ini merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh MDKS sebagai program pembangunan sukan futsal di peringkat Kuala Selangor melalui pembangunan sukan Majlis Daerah Kuala Selangor. Selain itu, kejohanan ini juga merupakan usaha dalam mencari dan menggilap bakat para atlet dalam kalangan belia dan kita dapat melihat ramai bakat-bakat baharu yang menyerlah pada kejohanan pada kali ini.

 

Kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. 

“Sukan futsal boleh menjadi aktiviti alternatif kepada orang muda yang mana pada masa ini yang  gemar menyertai kegiatan yang bertentangan dengan norma masyarakat. Penganjuran aktiviti sukan seperti kejohanan ini sedikit sebanyak dapat menghindarkan orang muda daripada terjebak dengan gejala sosial”.

Pasukan Nomey FC “A” muncul juara setelah menewaskan pasukan MBI FT pada perlawanan akhir.