MENU

MEGA LANE, SUNWAY PIRAMID, SUBANG JAYA - 19/07/2010, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Kejohanan Tenpin Boling Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor di Mega Lane Sunway Piramid, Subang Jaya. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Haris bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor dengan balingan pembukaan. 

 

 

Seramai enam puluh sembilan ( 69 ) orang telah menyertai kejohanan tersebut dan ianya adalah kejohanan yang paling ramai penyertaan. High game lelaki telah dimenangi oleh En. Mohd Hasim bin Yusop dengan jatuhan pin sebanyak 234 pin, manakala high game wanita pula telah dimenangi oleh Cik Faziana binti Mohd Hasim dengan jatuhan pin sebanyak 165 pin.

 

 

Tempat pertama bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh En. Mohd Fauzi bin Jaafar dan kategori wanita pula dimenangi oleh Cik Sazalila binti Roslan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pihak penganjur juga telah menyediakan sebanyak tiga puluh ( 30 ) cabutan bertuah bagi para pemain yang kurang bernasib baik.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Ogos 2019 - 8:01pm