MENU

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR, 20 April 2017, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan Kursus Pengendalian Makanan Siri 4/2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS. Program yang berkonsepkan kesihatan dan kebersihan ini telah diadakan di Dewan Sri Siantan, MDKS.

  

Sejajar dengan nama program, seramai 137 orang peserta yang terdiri daripada orang awam telah menyertai kursus ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi peluang peniaga serta orang awam merujuk tatacara betul pengendalian makanan. Pada masa sama, kursus ini berupaya membentuk pengendali makanan berdedikasi dengan memantapkan kebersihan persekitaran premis makanan, membudayakan etika dan cara kerja baik serta tadbir urus cekap. Ia turut menjadi salah satu syarat utama kepada peniaga yang ingin memohon tapak Bazar Ramadan yang akan dibuka kelak.

  

Pihak MDKS merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas penyertaan yang penuh bersungguh-sungguh dari semua peserta dan berharap kursus seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Kursus diadakan setiap bulan, orang ramai boleh mendapatkan jadual kursus seterusnya dengan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS di talian 03-32812235.