MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menerima lawatan kerja daripada Yang Berusaha Tuan Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Korporat, Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Integriti dan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Delegasi lawatan telah disambut oleh Yang Berusaha Puan Rahilah binti Rahmat, Yang Dipertua MPKS dan TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

Lawatan kerja ini diharap dapat memperkukuh lagi kerjasama erat di antara MPKS dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan setiap pembangunan di daerah ini seiring dengan pelan strategik MPKS ke arah menuju persekitaran perbandaran yang kondusif bagi pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Ogos 2022 - 10:35am