MENU

Lawatan pemeriksaan siri kedua daripada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi pematuhan kriteria fungsian dan teknikal untuk Pensijilan SAGA. Objektif pensijilan ini adalah bagi memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemas kini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan MPKS.

Penisjilan ini juga memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Delegasi lawatan diketuai oleh Puan Asyaara binti Karim (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Perundingan (BKP), Unit SAGA (USAGA) dan disambut oleh Setiausaha MPKS, Tpr. Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Lawatan Lawatan 

Lawatan Lawatan 

Lawatan Lawatan 

Lawatan Lawatan 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Ogos 2022 - 10:35am