MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor Sesi 2021-2022 di Bilik Mesyuarat Malawati pada 8 Januari 2021.

Seramai 18 orang telah dilantik dan Majlis Angkat Sumpah dimulakan oleh Yang Dihormatkan, Dato' Mohamad Yaacob bin Dato' Ismail, sambil disaksikan oleh Yang Berusaha, Puan Rahilah binti Rahmat, Yang Dipertua MDKS.

Berikut adalah senarai Ahli Majlis MDKS 2021-2022 :-

Yang Dihormatkan, Dato' Mohamad Yaacob bin Dato' Ismail

Encik Lim Piang Nam

Encik Anwar bin Karison

Encik Rajasegaran a/l Thanggavilu

Puan Lanuga a/p Velan

Encik Zailani bin Kadir

Puan Atiqah Syairah binti Shaharuddin

Encik Lim Yau Mien

Encik Yeow Yeong Feng

Encik Hoi Yun Hong

Encik Alagenthran a/l Vellasamy

Encik Nagmuddin bin Hussai

Encik Khider bin Ab Rahim

Encik Mohd Hatta bin Sanuri

Encik Mohd Aziz bin Mat Rashid

Puan Pushpa a/p Nagiah Vengadesan

Puan Nurul Azuwani binti Ab Malek

Yang Mulia Raja Shahmirulzaman bin Raja Badakozaman

Untuk sesi baharu ini, MDKS telah menetapkan Key Performance Indicator (KPI) kepada Ahli Majlis yang bertujuan untuk mengukur prestasi kerja Ahli Majlis. Pelaksanaan KPI ini dapat memastikan tugas dan peranan seseorang Ahli Majlis dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Antara yang dinilai adalah kehadiran ke mesyuarat & program jabatan, penganjuran program kemasyarakatan dan pengurusan aduan awam.

Justeru itu, MDKS berharap agar Ahli Majlis yang telah dilantik dapat memainkan peranan sebagai perantara dan pemudah cara antara MDKS dan masyarakat di Daerah Kuala Selangor sekali gus mengangkat martabat PBT bertunjangkan komitmen yang berintegriti, dinamik dan prihatin. Natijahnya, lahirlah Kuala Selangor yang indah dan bersejarah dalam segala budaya kehidupan dan budaya pembangunan.

MDKS merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ahli Majlis yang telah dilantik.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

  

  

  

  

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 April 2021 - 8:48am