MENU

SUBANG - Kerajaan Selangor memperkenalkan Citizen E-Payment Platform (CEPat) yang menjadi gerbang buat semua perkhidmatan berbayar kerajaan di pelbagai peringkat. Majlis tersebut berlangsung pada 21 Ogos 2019 (Rabu) bertempat di Saujana Ballroom The Saujana Hotel Jalan Lapangan Terbang. Platform diwujudkan menerusi aplikasi mobil dan dalam talian ini diterajui Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU). Pembinaan aplikasi ini sejak tiga tahun lalu yang disertai oleh tiga perkhidmatan di majlis tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Platform itu juga diharap dapat mengumpulkan semua perkhidmatan berbayar kerajaan negeri dan agensi berkaitan termasuk semua 46 e-dompet dalam pasaran.

 

     

 

     

 

     

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 November 2019 - 9:10pm