MENU

28 Disember 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Majlis Perasmian Medan Selera Fasa 2 Pusat Pelancongan Pantai Remis yang bertempat di Pantai Remis, Jeram pada pukul 12 tengahari.

  

Atucara majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan sesi pendaftaran. Seterusnya ketibaan Yang Dipertua MDKS iaitu Puan Hajah Noraini binti Roslan pada pukul 12.30 tengahari dan diikuti oleh bacaan doa supaya majlis ini lebih diberkati. Sebelum perasmian dimulakan, majlis diteruskan ucapan kata-kata aluan oleh En. Mohamad Yusli bin Askandar iaitu Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap MDKS dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Pn. Hajah Noraini binti Roslan, Yang Dipertua MDKS.

  

Selepas ucapan perasmian,majlis diteruskan dengan penyampaian kunci premis kepada penyewa Medan Selera Fasa 2 Pantai Remis dan diikuti oleh penyampaian cenderahati. Majlis berakhir pada pukul 1.30 petang.