MENU

Pada 25 November 2009 (Rabu), Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Tampar Belia (B-16) Milo- Malaysia Kali Ke-9, 2009 dengan kerjasama MAVA (Persatuan Bola Tampar Malaysia),Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Kuala Selangor, Milo, Mikasa dan Majlis Sukan Daerah (MSD) yang bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada jam 3.00 petang.

Penutup Bola Tampar 1

Penutup Bola Tampar 2

 

 

Penutup Bola Tampar 3

 

 

Majlis Kejohanan Bola Tampar Belia (B-16) Milo- Malaysia Kali Ke-9 peringkat kebangsaan ini, dimulakan dengan ketibaan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala selangor, Tuan Haji Haris bin Kasim dengan diiringi oleh Setiausaha Majlis Daerah Kuala selangor, Encik Azahari bin Sairin, Ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai Majlis Daerah Kuala Selangor. Majlis ini diteruskan dengan menyaksikan perlawanan akhir antara Pasukan Negeri Selangor bertemu dengan pasukan lelaki Negeri Terengganu, pasukan perempuan pula dimulakan dengan perlawanan antara Negeri Sarawak bertemu dengan pasukan Negeri Johor.

 

Penutup Bola Tampar 4

 

Penutup Bola Tampar 5

 

Penutup Bola Tampar 6

 

Setelah perlawanan berakhir, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kuala selangor, Encik Azahari bin Sairin seterusnya ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Haris bin Kasim secara langsungnya merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Tampar Belia (B-16) Milo- Malaysia Kali Ke-9 peringkat kebangsaan. Kejohanan Bola Tampar Belia (B-16) Milo- Malaysia Kali Ke-9 peringkat kebangsaan ini telah dimenangi oleh pasukan bola tampar lelaki pasukan Negeri Selangor, naib juara Negeri Terengganu, ketiga Negeri Pahang. Pasukan bola tampar perempuan pula telah dimenangi oleh Negeri Johor, naib juara Negeri Sarawak, dan yang ketiga pasukan Negeri Kuala Lumpur. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala selangor, Tuan Haji Haris serta urusetia yang terlibat dalam Majlis Kejohanan Bola Tampar Belia (B-16) Milo- Malaysia Kali Ke-9 ini.

 

 

 

Penutup Bola Tampar 4

Penutup Bola Tampar 8

Penutup Bola Tampar 9

 

 Klik di sini untuk mengetahui keputusan rasmi dan kedudukan keseluruhan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 17 April 2019 - 2:29pm