MENU

15 Disember 2014 (Isnin),Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan yang bertempat di Dewan Sri Siantan. Majlis ini terdiri daripada Ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Majlis ini dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Perkhidmatan Awam kumpulan koir MDKS. Seterusnya, Bacaan ikrar Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Encik Rafae bin Zainal dan bacaan doa pula dipimpin oleh Encik Norirwan Shahril bin Mogi bagi memberkati majlis.

Majlis ini diteruskan lagi dengan Penyampaian Renungan Pagi yang telah disampaikan oleh Puan Liliana binti Ahmad yang bertajuk “Cabaran Antartika” serta Ucapan Perasmian oleh Puan Hjh.Noraini binti Roslan SIS.,PPT.,, Yang Dipertua MDKS. Seterusnya, majlis memperkenalkan Penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor, Darjah Kebesaran Ahli, Sultan Sharafudin Idris Shah (A.I.S), Tuan Haji Azahari bin SairinAIS., sempena Hari Keputeraan beliau yang ke-11.

Seterusnya, majlis disudahi dengan acara pemotongan kek sempena sambutan hari jadi kakitangan November dan Disember  dan nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 17 April 2019 - 2:29pm