MENU

19 Disember 2011 (Isnin), Majlis Daerah Kuala Selangor telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi 2011.

 

           Majils ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato’ Menteri Besar Selangor serta beliau telah menyampaikan sedikit ucapan, antara ucapan beliau ialah peranan dan tanggungjawab bagi memperhalus sesuatu perkara yang dilaksanakan dengan berintegriti adalah menjadi keperluan setiap individu dan organisasinya. Keamatan yang jelas dan berwawasan menglingkari hala tuju dan matlamat yang mampu mewujudkan fenomena penghasilan mutu kerja yang menepati piawai yang ditetapkan. Seterusnya ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, antara ucapan beliau sampaikan ialah inovasi cara bekerja dan pengenalan amalan terbaik menjadi pengukuhan kepada sisitem penyampaian sedia ada dan seterusnya membantu membawa imej perkhimatan awam ke tahap yang selaras dengan kehendak pelanggan.

 

          Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Program Wakaf Buku Anjuran Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato’ Menteri Besar Selangor. Seterusnya acara yang di nantikan ialah Penyampaian Anugerah dan Pengiktirafan, antaranya ialah Anugerah Peminjam Buku Aktif Perpustakaan, Sijil Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, Pengiktirafan Inovasi Laman Web, Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan tahun 2010, Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kretif, Anugerah prestasi Kutipan Hasil Cukai, Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor, dan Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang.

 

   

 

           Majlis daerah telah memenerima beberapa pengiktirafan iaitu Tempat Pertama Kategori Portal dan Laman Web 5 Bintang, dan Tempat Keduabelas Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Tahun 2011.

 

           Diharap dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhimatan sektor awam serta menaik semangat kerja untuk lebih maju dan Berjaya, juga dapat mengeratkan lagi hubungan mesra antara semua agensi kerajaan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Julai 2019 - 10:39am