MENU

"JASAMU DIKENANG"

SELAMAT MAJU JAYA

27 Januari 2017, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu Majlis Perpisahan Yang Dipertua MDKS iaitu Puan Hajah Noraini binti Roslan yang akan meneruskan khidmatnya di Majlis Daerah Hulu Selangor pada 1 Februari 2017. Beliau banyak berjasa kepada MDKS sepanjang perkhidmatannya di MDKS. Beliau banyak memberi nasihat dan amanat kepada semua warga kerja MDKS bagi mencapai visi MDKS iaitu "Perbandaran Lestari Masyarakat Sejahtera"

  

Program diteruskan dengan ucapan-ucapan daripada wakil-wakil Ahli Majlis dan Jabatan MDKS kepada Puan Yang Dipertua. Seterusnya penyampaian cenderahati daripada wakil-wakil jabatan MDKS kepada Puan Yang DiPertua MDKS.

  

Program diakhiri dengan tayangan video khas berkaitan perjalanan aktiviti Puan Yang Dipertua MDKS sepanjang beliau berkhidmat di sini seiring dengan jamuan makan. Program berakhir pada pukul 5.00 petang.