MENU

Sila ambil perhatian bahawa semua komponen alatan permainan dan komponen alatan kesihatan riadah di atas Taman-Taman Awam dan Lot-Lot Permainan yang terdapat di lokasi pentadbiran dan operasi Majlis Daerah Kuala Selangor tidak boleh digunakan oleh orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 - 27 Oktober 2020

Berdasarkan situasi terkini, perkara paling utama ialah MEMUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN dengan mengamalkan norma baru dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Semua warga Kuala Selangor memainkan peranan sama ada berisiko atau tidak, amalkan norma baru dengan sepenuh hati.

Amalkan dan sentiasa saling berpesan untuk menjaga:
✅Penjarakan fizikal
✅Basuh tangan dengan kerap
✅Pakai pelitup muka

#SelangorGempurCovid19
#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Oktober 2020 - 5:51pm