MENU

Unit Integriti dengan kerjasama Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Taklimat "Mengenali Integriti dan Rasuah" Siri 2 pada 19 November 2015 (Khamis) di Dewan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala Selangor.

    

Taklimat ini disertai oleh 69 orang peserta yang melibatkan 16 jabatan MDKS iaitu Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap, Jabatan Belia dan Kemasyarakatan, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perkhidmatan Bandar & Persekitaran, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Bahagian Pelesenan, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Unit Perundangan, Unit Perhubungan Awam dan Korporat, Unit Pusat Setempat (OSC) dan Unit Perundangan. Tenaga pengajar adalah Encik Hairuzzaki bin Mohd. Yusof, Penguasa Kanan SPRM, Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

    

Kursus ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai dan kakitangan MDKS untuk memahami apa itu integriti dan rasuah dalam erti kata sebenar. Peserta taklimat juga diberikan penjelasan berkenaan tatakelakuan yang boleh diertikan sebagai aktiviti rasuah. Peserta turut dijelaskan dengan contoh-contoh kes rasuah yang telah diambil tindakan beserta hukuman yang telah dikenakan bagi pesalah rasuah. Selain itu, pada sesi terakhir taklimat, peserta telah dimaklumkan berkenaan fungsi Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2013.

    

Pegawai dan kakitangan yang hadir turut diberi salinan ‘slide power point' berkenaan rasuah, borang penilaian kursus dalaman dan borang kajian impak kursus (yang perlu dihantar oleh setiap peserta kepada Unit Integriti selepas 60 hari selesai kursus) beserta risalah berkaitan rasuah dan integrity yang dibekalkan oleh Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri Selangor.

Keseluruhannya, kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya terutama dalam memberikan penjelasan apa itu integriti dan rasuah.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm