MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menjalankan operasi bersepadu kenderaan berat di sekitar Bestari Jaya, Kampung Kuantan dan Taman Bendahara pada 17 Julai 2020.

Operasi ini dijalankan berikutan aduan awam mengenai kenderaan berat yang diparkir di kawasan taman perumahan, medan perniagaan dan bahu jalan sehingga mengakibatkan kerosakan jalan dan menganggu keselamatan penduduk.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 14 kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2005 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan oleh MDKS atas kesalahan halangan kenderaan berat.

Dalam masa yang sama, 7 saman telah dikeluarkan oleh Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan 4 saman.

Operasi ini dijalankan bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 pagi melibatkan 14 anggota terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan MDKS, Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Operasi bersepadu ini akan dijalankan daripada semasa ke semasa dan orang awam boleh melaporkan aduan berkaitan perkara ini secara dalam talian di https://selangor.spab.gov.my atau menghubungi talian 03-32891439.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MDKS

  

  

  

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 12 Ogos 2020 - 5:11pm