MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menjalankan operasi bersepadu kilang haram di Jalan Kampung Holmwood, Bestari Jaya.

Operasi ini dijalankan berikutan aduan awam mengenai gangguan bau pada waktu malam yang di syaki bau proses kitar semula e-waste.

Kilang tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta dan sitaan turut dikenakan melibatkan 2 unit Generator dan 3 unit Forklift.

Pihak Jabatan Alam Sekitar turut mengambil 4 sampel bahan yang terdapat di kilang tersebut untuk ujian makmal.

MPKS memberi amaran kepada mana-mana pengusaha kilang agar mematuhi setiap syarat yang ditetapkan oleh MPKS dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku.

Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Ibupejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Alam Sekitar.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

 Operasi Operasi 

Operasi Operasi 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Ogos 2022 - 10:35am