MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menjalankan operasi meroboh papan iklan tanpa kebenaran oleh MDKS pada 18 Disember 2019 dan 14 Januari 2020 berhampiran lebuhraya LATAR (arah Ijok dan arah Puncak Alam).

Dalam operasi tersebut, sebanyak 9 papan iklan (billboard) telah dikenalpasti mendirikan struktur tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu kepada Pihak Majlis di bawah kesalahan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Notis meruntuhkan binaan telah dikeluarkan pada 3 Disember 2019 yang memerlukan struktur ini dibuka dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis namun tiada maklumbalas daripada agensi papan iklan terbabit.

Tindakan meroboh papan iklan tersebut telah dilakukan melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Tindakan tegas diambil kepada pengusaha agensi papan iklan agar mereka mematuhi undang-undang sediada dan tidak lagi membina sebarang struktur di atas tanah kerajaan dan individu.

Mana-mana agensi papan iklan yang ingin memasang dan membina papan iklan perlu mengemukakan permohonan kepada MDKS terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan dan kebenaran.

Pematuhan kepada arahan tersebut agar struktur papan iklan yang ingin dibina di kawasan yang tidak menganggu pandangan pengguna jalan raya, tidak membahayakan orang ramai serta tidak mempamerkan iklan yang berbaur lucah.

Selain itu, papan iklan yang dipasang di dalam kawasan tanah milik individu turut tidak terkecuali dan agensi pengiklan perlu mengemukakan permohonan sama atau bakal berdepan tindakan jika ingkar.

#KualaSelangor
#IndahDanBersejarah
#MDKS

  

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm