MENU

30 Oktober 2016, pihak MDKS telah dijemput untuk menyertai Booth ICT sempena Program KarnivaL Sihat Selangor daerah Sabak Bernam 2016 yg bertempat di Stadium Sungai Besar. Sebanyak 5 buah PBT telah terlibat dalam pameran di Booth ICT tersebut iaitu MP Ampang Jaya (MPAJ), MD Hulu Selangor (MDHS), MD Kuala Selangor (MDKS), MP Klang (MPK) dan MD Sabak Bernam (MDSB). Booth Ict diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam berkenaan perkhidmatan yang telah disediakan olrh PBTseperti kaedah pembayaran cukai atas talian, sistem aduan dan lain – lain.

                        

            Di Booth ICT tersebut pihak MDKS telah memperkenalkan perkhidmatan online yang terdapat di Majlis Daerah Kuala Selangor iaitu e-taksiran, OSC Online, e-Aduan STAR, e-Mohon Jawatan,e-Penggredan Premis dan yang terbaru e-Aduan SPARKS. Pihak MDKS telah menyediakan bunting  tentang perkhidmatan dalam talian tersebut supaya orang awam lebih memahami dan dapat mengetahui cara penggunaannya. Selain itu, satu laptop juga telah disediakan untuk mempamerkan perkhidmatan dalam talian MDKS kepada orang ramai. 

                        

              Terdapat juga aktiviti lain seperti kuiz berkaitan dengan perkhidmatan dalam talian MDKS kepada orang awam yang datang, dimana hadiah yang dimenangi ialah sekeping tiket Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan juga sekeping tiket menaiki tren ke Bukit Malawati Selangor. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan disetiap Booth ICT PBT Selangor. Pelbagai gelagat orang awam dapat dilihat ketika menjawab soalan kuiz yang diberikan. Pada pukul 12.00 tengahari, Booth ICT PBT Selangor dikunjungi oleh YB Dr. Dorayah Binti Alwi dan juga Yang Di Pertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Puan Hajah Azlinda Binti Azman untuk melihat dan melawat Booth ICT tersebut. Program berakhir pada pukul 2.00 petang.

                         

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Disember 2019 - 10:42am