MENU

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)  telah mengadakan Pelancaran dan Pelaksanaan Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam untuk tahun 2015. Program dimulakan pada jam 8.15 pagi  dengan penyampaian taklimat tentang program pementoran kepada kakitangan yang terlibat yang dibentangkan oleh  Penyelaras Program Pementoran MDKS  2015, Puan Salinda Binti Jamil.

         

Pelaksanaan Program Pementoran bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Majlis Daerah Kula Selangor 2015 – 2016 bermula dari 1 September – 28 Februari 2016. Konsep Pementoran telah dilancarkan dengan rasminya oleh YbhG Tsn Sri Ismail Adam, Ketua pengarah Perkhidmatan awam, jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) semasa Psikologi Perkhidmatan Awam ke 14 yang berlangsung pada 20 Mei 2008 lalu bertempat di Instititut latihan Keselamatan Sosial  KWSP (ASSET). YBHg Tan Sri menyarankan agar program ini dilaksanakan di setiap Kementerian / Jabatan / Agensi.

         

Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional oleh Mentor (pegawai yang terlatih , berkemahiran, dan beretika) bagi pembangunan diri Menti (pegawai baru dilantik /  baru naik pangkat yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan professional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. 

    

Mentor meupakan seorang pegawai yang terpilih dan dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang berpengalaman.Menti pula adalah pegawai yang dibantu mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan.  

Pementoran berkait rapat dengan proses perkembangan diri iaitu proses belajar antara mentor dan menti. Kedua-duanya terhasil melalui pengalaman dalam perhubungan. Justeru melalui pementoran pekerja dapat membina perhubungan sinergik melalui pertemuan,perbualan dan proses pembelajaran yang mampu membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

        

Pementoran telah dilaksanakan di MDKS dan dijadikan sebagai program  tahunan. Program diakhiri dengan penyampaian Sijil Watikah Pelantikan kepada kakitangan yang terlibat yang disampaikan oleh Tuan Haji Azahari Bin Sairin AIS., PPN.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm