MENU

Pemakluman tarikh permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya MDKS 2021. Permohonan hanya melalui sistem dalam talian https://iservices.mdks.gov.my/

Permohonan dalam talian akan dibuka bermula jam 12.00 tengah hari pada 4 Mac 2021 hingga 18 Mac 2021. Nama pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kompaun Majlis Daerah Kuala Selangor.

Pihak Majlis juga menyediakan kaedah Bazar Pandu Lalu di Tapak Parkir Awam bersebelahan Ibu Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor (Pemohon Bazar Pandu Lalu yang berjaya akan dibenarkan menjalankan perniagaan secara percuma bagi tempoh percubaan).

#KualaSelangor
#IndahDanBersejarah
#MDKS

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 April 2021 - 8:48am