MENU

Pada 31 Julai 2013 (Rabu), Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu  Majlis Perhimpunan Bulanan Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Dewan Sri Siantan. Majlis tersebut di hadiri seramai 200 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan Daerah Kuala Selangor serta pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor. Ketibaan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor telah bermula jam 8.00 malam dan disambut mesra oleh  kakitangan dan pegawai yang bertugas.

         

Pada pukul 8.00 pagi bermulanya majlis dengan bacaan doa daripada Encik Panut bin Abd Shukur dari Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan. Selepas itu tetamu menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Hari Raya Hari Bahagia yang diiringi oleh pasukan koir Majlis Daerah Kuala Selangor.

        

Pada majlis itu, Puan Hajah Saleha binti Md Arif dari Jabatan Kawalan Banguan telah di jemput naik ke atas pentas untuk memberi sedikit renungan pagi pada majlis perhimpunan tersebut. Selepas renungan pagi itu , ucapan dari Presiden Kelab Sukan, kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Kuala Selangor iaitu Tuan Haji Azahari bin Sairin memberikan ucapan.

         

Selepas itu, ucapan yang di tunggu-tunggu iaitu ucapan dari Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Hajah Noraini bt Roslan SIS, ASAbagi merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Sempena Hari Raya Aidilfitri tersebut. Pada majlis itu juga, telah diadakan Pelancaran Program Pementoran 2013. Majlis ini telah berakhir kira-kira jam 10.00 pagi.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Julai 2019 - 10:39am