MENU

28 Disember 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menganjurkan perhimpunan pagi yang bertempat di Dewan Sri Siantan. Perhimpunan yang diadakan setiap bulan ini berunsurkan motivasi yang ditujukan pada kakitangan mahupun pelajar praktikal yang berkhidmat di sini. Majlis ini terdiri daripada Yang Dipertua, Ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor. Program dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu perkhidmatan awam yang diketuai kumpulan Koir terdiri daripada kakitangan MDKS. Seterusnya program diteruskan dengan bacaan ikrar dan diikuti bacaan doa. 

  

Menerusi renungan pagi yang di sampaikan oleh Puan Norbaizura Binti Che Man iaitu Pegawai Perancang Bandar dan Desa  MDKS, beliau memanfaatkan peluang dengan memberi penjelasan tentang persepsi negatif dan positif kepada kakitangan awam sebagai seorang manusia yang bekerja dalam kelompok yang ramai dan menayangkan video yang menyayat hati. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hajah Noraini binti Roslan iaitu Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala selangor. Ucapan oleh Puan Hajah sedikit sebanyak memberikan semangat kepada kakitangan MDKS untuk berusaha dengan lebih banyak pada masa hadapan. 

  

Sebelum berakhirnya program, sesi penyampaian hadiah diadakan bagi setiap pemenang-pemenang dan seterusnya pengacara majlis memperkenalkan kakitangan MDKS yang baharu. Penghujung Program ini pula kakitangan di ceriakan dengan sambutan hari jadi kakitangan MDKS pada bulan November 2016 .