MENU

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR, 26 April 2017 (Rabu),Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan yang bertempat di Dewan Sri Siantan. Majlis ini terdiri daripada Yang dipertua MDKS, Ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor.

    

Majlis ini dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Perkhidmatan Awam oleh kumpulan koir MDKS. Seterusnya, Bacaan ikrar Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Encik Mohd Saifuddin bin Aziz dan bacaan doa pula dipimpin oleh Encik Shahril bin Tomaran bagi memberkati majlis.

  

Majlis ini diteruskan lagi dengan Penyampaian Renungan Pagi yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Lutfi bin Mislah Hudin yang bertajuk “Kejujuran dan Keikhlasan”. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali AIS, SMS, PJK, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor. Ucapan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali telah mendorong kakitangan MDKS untuk bekerja dengan lebih kuat dan berusaha pada masa akan datang.

   

Seterusnya, majlis disudahi dengan acara pemotongan kek sempena sambutan hari jadi kakitangan bulan Mac dan April diiringi dengan nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.