MENU

30 Ogos 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan yang bertempat di Dewan Sri Siantan. Majlis ini terdiri daripada Ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor.

    

                 Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Perkhidmatan Awam kumpulan koir MDKS. Seterusnya, Bacaan ikrar Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Encik Mohd Iqbal Fariq bin Kasmani dan bacaan doa pula dipimpin oleh Encik Mohd Hazwan bin Md Salleh bagi memberkati majlis.

     

                 Majlis ini diteruskan lagi dengan Penyampaian Renungan Pagi yang telah disampaikan Tuan Haji Azahari bin Sairin AIS., PPN., Setiausaha MDKS serta Ucapan oleh Puan Hjh.Noraini binti Roslan SIS.,PPT.,, Yang Dipertua MDKS. Pelbagai kata-kata nasihat dan semangat diberikan kepada semua kakitangan bagi menaikkan prestasi kerja serta memajukan diri di peringkat yang lebih tinggi lagi.

     

                 Seterusnya, nyanyian lagu "Tanggal 31 Ogos " sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 pada keesokan harinya dan majlis disudahi dengan acara pemotongan kek sempena sambutan hari jadi kakitangan Julai dan Ogos dan nyanyian lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’  

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm