MENU

22 Oktober 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan sesi kedua program Pesta Sayap dan "Kuala Selangor Wetland Art Exhibition" yang disertakan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang berlangsung di Taman Alam Kuala Selangor dan Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor pada jam 11.00 pagi.

                       

Pesta Sayap dan dan "Kuala Selangor Wetland Art Exhibition" 2016 adalah julung kalinya diadakan di daerah Kuala Selangor bagi menyahut sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan itu. Atucara program ini dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan/ VIP dan bacaan doa. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Henry Goh iaitu Presiden MNS an diikuti ucapan oleh Pn. Hajah Noraini binti Roslan SIS., PPT., Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor.

                       

Ucapan perasmian pula disampaikan oleh En.Fakhrul Hatta Musa iaitu Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia. Atucara diteruskan dengan Pelancaran Penerbitan Buku Berjudul "Taman Alam Kuala Selangor ke Arah Tapak RAMSAR" dan penyampaian sijil penghargaan. Seterusnya Lawatan ke Pameran Lukisan "Kuala Selangor Wetland Art Exhibition". 

MDKS telah menjemput 17 orang sahabat pelukis dari serata negara yang sukarela untuk menyumbangkan lukisan dan kesenian mereka bertemakan tanah bencah Kuala Selangor. Hasil dalam usaha murni semua pelukis tersebut, 40 lukisan berjaya disiapkan dan dapat dipamerkan pada hari ini.

Program diteruskan dengan Lawatan ke Booth Pameran dan sidang media telah diadakan. Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.

 

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Disember 2019 - 10:42am