MENU

19 November 2016, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan Program "Charette" Awam Rekabentuk Taman Bandar Kuala Selangor yang disertakan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang berlangsung di Tempat Letak Kereta Asrama Pusat SMK Seri Tanjung Kuala Selangor  pada jam 9.00 pagi.

    

     Atucara program ini dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan diikuti pendaftaran para peserta serta bacaan doa. Program diteruskan dengan ucapan oleh Pn. Hajah Noraini binti Roslan SIS., PPT., Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor. 

    

       Pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya pertandingan mewarna bagi kategori pertama 6 tahun dan kebawah dan juga kategori kedua iaitu 7 hingga 12 tahun. Manakala bagi kategori sekolah menengah dan IPT,acara yang dipertandingkan ialah pertandingan melukis. Selain itu, terdapat juga penyertaan terbuka iaitu pertandingan "Selfie/ Welfie", dimana orang awam boleh mengambil gambar dimana-mana sahaja taman impian yang diimpikan dan mesti memasukkan gambar tersebut di facebook, twitter, instagram dengan hashtag #MDKS, #TAMANBANDARIMPIANKU dan #KUALASELANGOR. Pelbagai gelagat para peserta dapat dilihat semasa semua pertandingan sedang berlangsung terutamanya kanak-kanak ketika pertandingan mewarna.

    

         Program berakhir pada pukul 12 tengahari selepas selesai penyampaian hadiah bagi semua kategori yang dipertandingkan.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Disember 2019 - 10:42am