MENU

Pada 8 Oktober 2009, Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengadakan program gotong – royong penyediaan 301 batang lemang yang diadakan di Kuartes MDKS sempena sambutan aidilfitri.

 

Lemang 1

Lemang 2

 

Lemang 3

 

 

Pada 7 Oktober 2009 (Rabu) bermula jam 8.00 malam, penduduk telah mula bergotong-royong menyediakan bahan untuk membuat lemang. Selain lemang mereka juga turut menyediakan rendang daging dan ayam. Turut serta membuat persediaan adalah Tuan Haji Haris Bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor serta En. Azahari Bin Sairin, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor dan Team Pengurusan Majlis Daerah Kuala Selangor.

 

 Lemang 4  Lemang 5  Lemang 6

 

Pada keesokan harinya, seawal jam 7.00 pagi, penduduk sudah mula berkumpul bergotong royong bagi membakar lemang. Tepat jam 9.00 pagi semua lemang telah sedia untuk dibakar. Proses membakar lemang mengambil masa selama 8 jam. Tepat jam 5.00 petang semua lemang telah sedia untuk dimakan dan diagih-agihkan kepada penduduk. Di akhir program tersebut satu majlis jamuan kecil diadakan bagi meraikan kejayaan Program Gotong Royong Penyediaan 301 Batang Lemang Istimewa MDKS.

 

Lemang 7 Lemang 8 Lemang 9
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 6 Disember 2019 - 3:52pm