MENU

16 September  2016, satu Program Imej Bandar anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor bersempena sambutan Hari Malaysia telah diadakan bertempat di perkarangan Hotel Sun Inns Kuala Selangor.

                                   

           Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang terlibat yang terdiri daripada kakitangan MDKS dan juga penduduk-penduduk tempatan yang berdekatan. Program diteruskan dengan ucapan Puan Hjh.Noraini binti Roslan SIS.,PPT.,, Yang Dipertua MDKS, tentang tentatif program dan juga perasmian Program Imej Bandar Majlis Daerah Kuala Selangor tersebut. 

                                

           Seterusnya, taklimat pembahagian tugas dan kawasan disampaikan dan kerja-kerja pembersihan dijalankan di kawasan yang telah ditetapkan. Sepanjang kerja-kerja pembersihan dilakukan, Puan Hjh.Noraini binti Roslan SIS.,PPT.,, Yang Dipertua MDKS, melakukan tinjauan disekitar tempat pembersihan dan juga turut terlibat dalam kerja pembersihan tersebut.

                                                    

           Kerja-kerja pembersihan berakhir pada pukul 11.30 pagi dan kakitangan MDKS boleh bersurai mengikut arahan Ketua kawasan yang terlibat untuk setiap kawasan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm