MENU

20 Ogos 2016, Satu Program Karnival Sihat Selangor anjuran Jabatan Perkhidmatan bandar dan kesihatan  juga Program Hari Bertemu Pelanggan MDKS anjuran Unit Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Daerah kuala Selangor dengan kerjasama UPEN, KKM, POLIS, RELA, JPAM, BOMBA, MPP Saujana Utama telah diadakan pada 20 Ogos 2016 bertempat di Dewan Saujana Utama, Saujana Utama 1 bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang.

 

 

 

 

   

          Bagi Program Karnival Sihat Selangor anjuran Jabatan Perkhidmatan bandar dan kesihatan, pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh orang ramai, diantaranya ialah kempen berjalan 10,000 langkah dimana orang ramai boleh turut serta dalam aktiviti larian ini, tambahan pula 300 peserta yang terawal akan diberikan t-shirt edisi khas percuma. Selain itu, antara aktiviti yang lain ialah kayuhan jantungku. Seterusnya adalah aktiviti senamrobik dimana orang ramai boleh mencergaskan diri mereka melalui aktiviti senamrobik. Aktiviti yang lain ialah promosi, terdapat banyak promosi yang diadakan antaranya, pemakanan sihat, kesihatan dan ubatan, jualan produk kesihatan, program bantuan sihat selangor dan pemeriksaan kesihatan.

          

 

 

 

 

          Bagi Program Hari Bertemu Pelanggan MDKS  bertujuan untuk memudahkan orang awam berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan MDKS secara terus dengan menempatkan pegawai-pegawai yang bertugas. Kaunter-kaunter yang turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, PTPTN, JKR, Kolej Komuniti, Pejabat Kesihatan Daerah, Giat Mara, KPDNKK dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan lain-lain. Program berakhir pada pukul 4.00 petang.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 8:41pm