MENU

16 Disember 2011 (Jumaat), Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Program Mesra Rakyat Bersama Menteri Besar Selangor.

 

    

  

 

           Sehubungan itu, beberapa program yang dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar dan EXCO Selangor telah diaturkan yang melibatkan beberapa lokasi sekitar daerah Kuala Selangor. Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar dan EXCO Selangor disambut oleh Ahli Majlis, Kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Daerah Kuala Selangor. Majlis dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Pagi dan nyanyian lagu negaraku,negeri Selangor dan perkhidmatan awam serta bacaan doa.

 

   

 

          Majlis disampaikan ucapan Pegawai Daerah Dato’Tuan Haji Misri bin Haji Idris. Beliau menyampaikan sedikit ucapan kata kata aluan dan penghargaan kepada YAB Dato' Menteri Besar Tan Sri Dato’Seri Abdul Khalid bin Ibrahim kepada sudi hadir menyempurnakan majlis mesra rakyat ini. Seterusnya YAB Dato' Menteri Besar Tan Sri Dato’Seri Abdul Khalid bin Ibrahim menyampaikan ucapan seterusnya kepada semua rakyat, beliau membincangkan tentang masalah di daerah Kuala Selangor serta jalan penyelesaian yang perlu dilakukan.

 

   

 

           Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan meninjau lebih dekat permasalahan rakyat di Daerah Kuala Selangor, dengan adanya program seperti ini diharap segala bentuk masalah yang berlaku di daerah Kuala Selangor ini dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna.

 

  

Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Oktober 2019 - 11:04am